Wednesday, July 29, 2009

TANGKAS,TEGAS DAN SAKSAMA


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan OLAD (Orang Lama Air Defence)

Kepada mereka-mereka yang tersengaja mengesan blog saya ni. hubgi saya untuk kte sama2 mengeratkan semula persahabatan kita yang telah terputus selepas bersara khususnya mereka-mereka yang telah berkhidmat di Rejimen Artileri Pertahanan Udara. 017-699 0130.Insyallah saya akan perbanyakkan lagi dengan berita-berita dari kawan-kawan kita ruangan di sini. Baru-baru ini RQ Omar telah kembali ke rahmatullah. al-fatihah

PERJUMPAAN ULUNG OLAD-30 Jan 09-Rumah Rehat Tampin

Alhamdulilah di kesempatan ini saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T di atas keizinannya saya terpanggil untuk membina blog ini walaupun hasrat untuk membina laman ini dah lama ujud di hati. Untuk rakan-rakan semua kelab ini ditubuhkan adalah untuk menjejaki rakan-rakan yang tidak dapat dihubungi serta tiada khabar berita selepas menamatkan perkhidmatan. Perjumpaan ulung pertama OLAD telah diadakan di Rumah Rehat Tampin, yang telah dihadiri oleh rakan-rakan yang berada di sekitar Melaka dan NS, walaupun kehadiran yang kecil tetapi di raut wajah masing-masing terpancar kepuasan kerana dapat berjumpa di antara satu sama lain. Insyallah jika saya diberi kesihatan yang baik saya akan terus menjejaki rakan-rakan kita di seluruh Malaysia untuk kita sama-sama berhubung dan terus berhubung. Saya amat berharap kepada anda yang tahu di mana rakan-rakan kita bolehlah mengubungi saya melalui hp atau blog saya ini. Di sini saya sertakan gambar-gambar sekitar perjumpaan ulung OLAD untuk tatapan rakan-rakan yang tidak kesempatan hadir di perjumpaan ini




31 JUL 09

Alhamdulilah sekali lagi aku berkesempatan untuk meneruskan coretan untuk kwan2 seperjuangan. Alhamdulilah 2 bln lepas aku berpeluang berjumpa MG (B) Zahid di Temerloh.Pertemuan yang sesingkat tersebut sekurang-kurangnya dapat ketahui khabar berita dari beliau dan rakan-rakan di Pahang cukup mengembirakan hati ini sekian lama tak berjumpa. Beliau menguruskan perniagaan warung. Untuk makluman rakan-rakan setiap kali aku berjumpa rakan2 pasti aku akan ambil serta menyimpan biodata kwn2 kita,tapi malang pertemuan aku bersama MG (B) Zahid tidak dapat aku sertakan di blog ini kerana aku tertinggal kamera. Bukan senang nak jumpa rakan-rakan semua,masing-masing dengan haluan dan kerjaya masing-masing. Aku bercita-cita untuk menemukan semua rakan-rakan kita kelak jika diberi kesihatan yang baik.